Wednesday 12 June 2013

Rekaan Sulaman Mesin

Sulaman mesin ini mempunyai pelbagai cara rekaan dan teknik sulaman, ada yang menggunakan riben sebagai asas sulaman, ada yang menggunakan fabrik funji, sifon mahupun organza sebagai asas sulaman mesin itu sendiri.


Hasilnya, anda akan dapat lihat seperti bunga berlapis-lapis, bunga timbul, bunga baldu dilihat pada busana. Jika busana itu polos ia amat menarik kerana anda boleh menggabungkan perbagai jenis warna samada warna yang senada, warna kontra ataupun warna yang bercampuran. Ini akan nampak lebih cantik dan menarik.


Jika dihasilkan pula pada busana yang sudah bercorak, hasilnya akan sedikit tenggelam kerana sulaman ini tidak dihasilkan pada kerawang. Tetapi jika dihasilkan pada kerawang ia akan nampak lebih ekslusif dan harga upahnya pasti meningkat. Sebab itulah jika pada fabrik bercorak, penggunaan warna dan kerawang yang sesuai, hasil sulaman ini amat cantik.


Sebab itulah sulaman teknik tampalan dan penggunaan benang yang banyak ini kini hanya dihasilkan bagi mereka yang mahir sahaja. Ini kerana ia perlu dihasilkan dengan teliti agar hasilnya akan lebih menarik. Namun, jika mereka berminat mempelajari kaedah ini haruslah sentiasa melakukan latihan dengan tekun supaya ia akan lebih cantik dan kemas.


Selamat mencuba!


Ikhlas,


Syahida Ramli,


Pengasas Butik dan Akademi Sri Classic



Rekaan Sulaman Mesin

No comments:

Post a Comment