Wednesday 3 April 2013

Busana Polos Pasti Dihiasi Sulaman Manik

Dewasa ini, boleh dikatakan jarang sekali anda berjumpa dengan busana yang polos tanpa sebarang aksesori seperti sulaman manik. Jika tidak ditampal dengan batuan Kristal, pastinya anda akan melihat deretan manik-manik yang cantik menghiasi busana pakaian tersebut.


Rekaan Corak Sulaman Manik Di Hujung Lengan


Istilah sulaman manik di hujung-hujung lengan dengan corak-corak yang mudah tidak lagi akan kelihatan tanpa menggunakan elemen-elemen seperti labuci sebagai penyeri busana tadi. Malahan, terdapat juga trend fesyen di mana elemen sulaman manik ini dijahit pada selendang mahupun tudung yang berawning.


Trend Fesyen Terkini Sulaman Manik


Bagi saya, itulah trend fesyen semasa di mana kini ia tidak lagi tertumpu pada wanita yang berkerjaya sahaja tetapi golongan belia dan remaja juga meminati rekaan busana yang dihiasi dengan sulaman manik. Ikon-ikon fesyen bagi remaja seperti Yana dan juga Hana menjadi ikutan kepada remaja dan beliawanis lain untuk menyemarakkan lagi fesyen padanan bebas dan lebih kepada kasual. Sebab itulah rekaan sulaman manik dicampurkan dengan labuci yang pelbagai bentuk untuk dipadankan dengan apa jua jenis t-shirt, skirt, jaket dan sebagainya.


Pelbagai Bentuk Labuci Dalam Rekaan Sulaman Manik


Kini labuci seperti subang ataupun seperti kerang menjadi kegilaan ramai kerana ia telah dijahit pada selendang dan juga tudung yang berawning. Itulah tamparan hebat sulaman manik yang memukau kerana golongan beliawanis dan remaja juga turut meminati rekaan sulaman manik. Jika tidak ia hanya diminati oleh golongan yang berkerjaya mahupun mereka yang sememangnya suka bergaya sahaja.


Alangkah menariknya jika busana tersebut tidak lagi kelihatan polos tetapi telah ditambah dengan aksesori sulaman manik mengikut cita rasa semua lapisan dan peringkat umur dari yang muda sehinggalah kepada yang sudah berumur. Namun, ia tetap bersesuaian jika ia mengikut gaya dan olahan yang betul pada setiap lapisan masyarakat yang inginkan busana mereka yang menarik dihiasi sulaman manik.


Selamat mencuba.


Ikhlas,


Syahida Ramli,


Pengasas, Butik Sulaman Sri Classic dan Akademi Sulaman Sri Classic


Belajar Sulaman Manik Bersama Kami


Jom Ketahui Teknik dan kaedah Yang Betul dalam menguasai sulaman manik Bersama Kami!



Busana Polos Pasti Dihiasi Sulaman Manik

No comments:

Post a Comment